#1 2020-09-03 16:12:26

MichaleAus
Member
From: Australia, Brushgrove
Registered: 2020-09-03
Posts: 9

Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN

Tumpuan rakyat Malaysia menghala ke Sabah pada hari ini

Ini berikutan pada  sebelah pagi ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan menentukan sama ada keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai boleh dibawa ke mahkamah atau tidak.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim akan membuat keputusan di mahkamah tinggi berhubung permohonan mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.
Manakala  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat pada jam 2.30 petang ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom akan mempengerusikan mesyuarat dan mengadakan sidang media pada 4 petang.
Pasti mesyuarat itu akan menumpukan kepada urusan pilihan raya seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih terakhir diperakui yang akan digunakan serta persiapan lain.

Tetapi bagaimana jika mahkamah membuat keputusan bahawa tindakan Juhar itu tidak betul

Maksudnya, mahkamah tiada kuasa membuat keputusan kes berkenaan.

Ini tentu akan menyebabkan SPR menetapkan agenda lain

kerana SPR perlu akur kepada keputusan mahkamah.
Pada 29 Julai, semua 33 ADUN berkenaan termasuk bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa mereka membentuk majoriti di DUN dan mahu Juhar mengadakan majlis angkat sumpah kerajaan baharu.
Ini sekali gus menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang mengambil tindakan pantas bersifat premptif.
Beliau menasihati Juhar agar membubarkan DUN yang ketika itu mempunyai 65 ahli iaitu 60 dipilih dan lima dilantik.
Berikutan pembubaran DUN itu, .

SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan PRN

Yang pasti, kalau pilihan raya diadakan.

Pertembungan akan berlaku antara Warisan pimpinan Shafie Apdal dengan pembangkang

iaitu barisan Bersatu dan Umno untuk merebut 73 kerusi DUN.

The post Politik Sabah menjadi tumpuan hari ini appeared first on Sarawakvoice.com

.

Offline

W88top

Board footer

Powered by FluxBB